4 Cara Membaca Buku Dengan Betul

Photo by Daniela on Unsplash

Membaca buku adalah satu amal perbuatan aktif yang bertujuan untuk mendapatkan suatu ilmu dan maklumat.

Ia dianggap perbuatan yang mulia kerana wahyu pertama juga turun dengan perkataan ‘iqra’!(bacalah).

Namun membaca tanpa satu disiplin yang betul juga akan memacu si pembaca ke arah yang sia-sia.

Jadi harini saya ingin berkongsi dengan anda panduan membaca buku seperti yang ditulis oleh Mortimer J. Adler dan Charles Van Doren supaya sedikit sebanyak memanfaati pembacaan dengan lebih efektif

Saya kira penulisan ini sangatlah penting untuk dihadam sebelum membaca beratus bahan bacaan yang lain.

Jangan risau, saya bukan salin bulat-bulat dan tampal namun sudah ringkaskan inti penting sahaja. =)

1. Semua peringakat pembacaan mempunyai 4 tahap;

-Tahap pembacaan dasar.
-Pembacaan penelitian.
-Pembacaan analitis.
-Pembacaan sintopik

2. Peringkat ke-2 pembacaan iaitu Pembacaan Penelitian dua bahagian:

Bahagian Satu^Pembacaan Sekilas atau Pra-pembacaan

.
a) Tinjaulah halaman judul buku itu, dan jika ada, prakatanya juga. Perhati sebarang pernyataan tentang tujuan buku dan pendapat khas pengarang. jika mahu perhatikan persamaan dengan buku yang telah dibaca.

b) Kaji halaman kandungan buku itu untuk memperoleh gambaran umum tentang perencanaan buku itu.

c) Periksalah petunjuk (index) buku jika ada.. Perhatikan pelbagai perkara yang dikata dan jenis buku serta pengarang. Jika ada kata-kata yang istimewa yang disenaraikan, periksalah halaman itu, mungkin anda akan temukan gagasan terpenting.

d) Bacalah perutusan dari penerbit yang tercatat pada belakang buku itu. Seringkali dihuraikan disitu gagasan utama secara ringkas.
Setakat ini anda sudah mendapat makluman secukupnya, dab tentukan samada apakah anda mahu baca buku itu dengan lebih teliti atau tidak.

e) Tinjaulah bab2 yang tampak penting dalam memapar hujah buku itu.

f) Akhirnya balik-balikkanlah halaman-halaman buku, bacalah beberapa ayat, kadang-kadang halaman sekaligus, tapi tak lebih dari itu. Jangan lupa baca dua atau tiga halaman terakhir, kerana pengarang mengulang perkara dianggap penting di situ.

Banyak perkata yang dapat anda tahu dengan pembacaan ini walau dengan masa 1 jam,

 

 

Bahagan Dua^ Pembacaan Pertama

a)Sewaktu membaca sebuah buku yang sukar untuk kali pertama, bacalah terus tanpa henti untuk memikirkan hal2 yang tidak dapat anda fahami serta-merta.

Anda punya harapan untuk fahami keseluruhan buku selepas itu, dengan syarat anda telah membaca keseluruhan buku sekali lalu sebelumnya.

b) Kadar kecepatan membaca berbeza mengikut kewajaran. Jangan bazirkan masa untuk buku yang perlu/boleh dibaca cepat.

c)Membaca cepat dengan membetulkan tumpuan pandangan mata anda dengan berlatih mengikuti tangan anda sendiri.

3. Di antara pembacaan peringkat ke-2 dan ke-3, penulis menyisip satu persoalan iaitu ‘bagaimana untuk menjadi pembaca aktif?’ Peraturannya ialah di 4 pertanyaan sewaktu anda membaca-yakni soalan2 yang mesti anda sendiri usahakan jawapannya sewaktu membaca iaitu:-

i-Apakah yang diperkatakan oleh buku itu pada keseluruhannya? Pastikan gagasan utama buku itu dan bagaimana pengarang menyatakan,
ii- Apakah yang dinyatakan oleh pengarang dan bagaimana ia menyatakan?
iii- Apakah kandungan buku itu benar, baik pada keseluruhannya mahupun pada bahagian-bahagiannya?
iv- Apakah buku itu penting?

Keempat-empat soalan ini hendaklah dikemukakan terhadap sebarang bacaan yang anda baca. Pembacaan penelitian cenderung menjawab degan lebih baik terhadapt 2 soalan pertama, jika dibanding degan 2 soalan terakhir,

Bentukkan tabiat membaca dengan membuat latihan sehingga anda dapat mengikuti peraturan-peraturannya dan melakukan langkah-langkahnya yang berasingan tanpa memikirkan tentangnya.

memilih ruang yang selesa juga membantu konsentrasi pembacaan

Photo by Ugur Akdemir on Unsplash

 

4. Seterusnya kita melangkah ke peringkat ke-3 pembacaan iaitu : Pembacaan Analitis.

Bahagian Pertama^ Pembacaan Analitis ialah:

a) Mengelaskan jenis buku yang anda baca (kerana persoalan yang diselesaikan pengarang tidaklah sama).

b) menyatakan secara ringkas kesepaduan keseluruhan buku itudalam satu ayat, atau tidak lebih beberapa ayat (maka anda akan temukan gagasan pokok).

c) senaraikan bahagian-bahagian utama dalam buku itu dan perlihatkan bagaimana bahagian2 itu diadun/dikhtisarkan seluruh buku itu.

 

 

Bahagian Kedua^Pembacaan Analitis ialah:-

a) Carilah kata2/istilah yang penting dalam sebuah buku, dan pastikan pengertian pengarangnya akan kata-kata itu(dengan tepat). Kata-kata yang penting ialah kata yang menimbulkan masalah.
setelah anda menandakan kata yang menimbukan masalah, anda dapat menentukan makna sesuatu yang tidak difahami berdasarkan makna semua kata lain yang anda faham yang terdapat di sekitarnya.
Setiap satu kata baharu yang anda pelajari akan jadikan kata berikutnya lebih mudah dipelajari.

b) Tandakan ayat-ayat yang paling penting dalam sesebuah buku, dan pastikan pernyataan pandangan yang terkandung didalamnya.

Ujian terbaik untuk ketahui apakah anda sudah memahami sesuatu pernyataan pandangan ialah anda dapat nyatakan dengan kata-kata sendiri. Jika tidak, yang tersalur pada anda hanyalah kata-kata, bukan pemikiran atau pengetahuan.

 

c)Pastikan hujah pengarang dengan mencari ayat-ayat yang mengandungi pernyataan2 ayat itu.

 

d) Tentukan persoalan yang sudah diselesaikan pengarang dan yang belum selesai.

Bahagian ketiga^Pembacaan Analitis [Peraturan mengkritik buku]

i-Pastikan anda memahami sebelum kritik.
ii- Jika tidak setuju dengan pengarang, kritiklah dengan alasan yang munasaah
iii-Tunjukkan sebab/alasan bagi setiap kritikan yang dibuat.

Bahagian keempat^Pembacaan Analitis [Menilai kesempurnaan tugas pengarang]

i-Tunjukkan dari segi apa pengarang jahil.
ii-Perlihatkan daripada segi apa sumber pengetahuan pengarangnya salah.
iii-perlihatkan kelemahan dalam penaakulan pengarang.
iv- Perlihatkan bagaimana analisis pengarang tidak tuntas.

5. Seterunya kita terus ke peringkat pembacaan yang ke-4 iaitu : Pembacaan Sintopik@Bandingan.

a) Terdapat 2 syarat untuk pembacaan sintopik;
-sedar bahawa bagi satu persoalan penting ada banyak buku.
-tahu buku mana yang patut dibaca.

b) Terdapat 5 langkah dalam Pembacaan Sintopik:-

i- Carilah bahagian buku yang terpenting bagi keperluan anda.
ii- Tentukan istilah2 yang akan digunakan, ia ditangan anda.
iii-Sediakan pernyataan pandangan untuk pokok pembicaraan anda.
iv-Huraikan persoalan-persoalan kemudian lihat bagaimana pengarang
menjawab.
v-Analisalah perbincangan.

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan dari hasil pembacaan buku yang nya malar hijau ini.

Walaupun penulisnya dari barat, namun manfaat buku ini tersebar sehingga ke para pembaca di timur da seluruh dunia.

Advertisements

Salam

Buat para pembaca yang kebetulan terjumpa blog saya, dan sedang membaca tulisan yang ntah apa2 ni, sebenarnya saya juga kebetulan terbuat blog wordpress ni. Sebab dua@tiga hari lepas saya tertarik dengan tulisan saudara Muhamad Naim yang menulis di wordpress sambilannya inchenaim.com. Makanya,kesan tulisan magis beliau juga tidak sedikit, hinggakan tangan saya bergerak sendiri menghasilkan satu yang diluar makar dan lakar.

Moga2 medan maya ini juga dapat teman menterjemahkan hasil mauhabah yang telah Tuhan kurniakan selama zahir lebih 2 dekad hidup di bumi bertuah ini.Tak lupa juga,saya mengharapkan kritikan dan dorongan yang membina jikalau buah2 fikiran atau susun kata yang kurang jelas, kerana kurangnya terjebak dengan penulisan. Akhir sekali, sungguh ‘Setiap amal itu dimulakan dengan niat’.